Salam.Mari becerita tentang kehidupan yang pada maksud aku, ia merangkumi hari hari yang kita lalui, sistem2 yang memaku kelakuan kita pada landasan tertentu, dan parasaan kita melalui situasi2 di atas.
kehidupan boleh diceritakan melalui beberapa cabang ide yang ianya terpulang kepada prospek setiap individu (pencerita). Jadi ditekankan disini bahawa, penulisan ini mendukung sepenuhnya ide2 dari kotakminda aku sendiri. Terpulang pada masing2 untuk meletakan bahan ini pada taraf yang mana; dalam tong sampah pun, aku peduli apa..Mula, Hidup ini dikatakan ujian yang di jadikan Tuhan untuk manusia; menurut kebenaran regionalism. Aku lebih senang untuk membincangkan mengenai apa isi kehidupan itu sendiri. Pengisian, yakni pilihan yang kita buat dalam hidup dan natijah dari keputusan itu. Manusia selesa untuk mencemuh dan memaki jalan hidup mereka apabila mengalami ketegangan emosi dan situasi. Tanpa kita sedari yang sebenarnya semua pembodohan yang berlaku dalam hidup adalah datang dari pilihan yang membabi buta. Sifirnya mudah, kau salah pilih kawan, kau akan ditelan. Kau silap pilih pasangan, kau akan dikecewakan haha.. Benda sama juga berlaku untuk perkara materialistik; yang mana jelas2 adalah salah kita sendiri. Banyak aspek yang mempengaruhi pilihan dalam hidup kita, sosial, gaya hidup, mentaliti dan emosi. Em, disini aspek sosial nampak menarik dan paling kompleks. Merangkumi semua hubungan manusiawi yang terjalin di sekitar kehidupan individu tertentu; mungkin kamu. Hubungan ini terkelas mengikut prinsip/filosofi/biologi asas penjalinannya; keluarga, kawan, teman, kekaseh. Sememangnya amat sukar untuk mencari keseimbangan yang ideal untuk membuatkan semua hubungan tadi terjalin lancar dalam frekuensi yang sejahtera. mustahil bukan?
Kecelaruan akan tetap ada. Apa yang selalu kita alami adalah bermula daripada pertelagahan fikiran dan kelakuan dan tindakan yang tidak mampu diterima individu kedua. Apa yang paling menganggu sebenarnya adalah dari segi emosi dan permikiran, terkesan daripada kecelaruan dan kekusutan yang datang. Pada aku, untuk berperang dengan emosi adalah perkara kedua sukar selepas mati… Semacam tiada apa yang dapat membantu untuk menjadi antidote yang melega kan. Mencarut? Celaka! Bangsat! Hah! Sama saja… Tiada apa pun yang lega. Apa yang dapat aku cuba terbitkan sebagai resolusi pada kekusutan ini adalah cara kamu bermain semula dengan emosi dan jiwa kamu sendiri..emosi maksud ku adalah apa yang bermain di dalam kotak pikiran kamu… Cuba rasionalkan segala hal yang telah berlaku. Letakkan diri kamu sebagai pelaku pada masalah itu dan cuba belajar untuk memaafkan individu lain. Teorinya, untuk kamu merasakan ketenagan dalam hidup, sentiasa lah mencari insan2 di sekeliling kamu untuk di maafkan. Muhasabah kepada jalan hidup kamu yang lalu sebelum diletakan ke dalam peti memori. Untuk kesedaran, kehidupan yang langsung tidak dinilai semula adalah kehidupan yang tidak layak untuk dijalani…Sememangnya itu lah yang terjadi dalam kehidupan, semuanya sama, tiada yang terkecuali.
Apabila timbul permasalahan, itu adalah peluang untuk manusia belajar untuk meningkatkan kematangan mereka; dewasa bukan berarti matang. Kesilapan yang sama hanya akan di ulang oleh individu yang tidak belajar dari penghidupan dan sejarah. Berhenti dari menjadi pesalah dalam kelas yang sama.. Kehidupan itu sendiri adalah pelajaran, yang mana dunia inilah ruangan darjahnya, agama dan prinsip pula adalah rujukan dan modul.Bezanya, dalam kehidupan ini, ujian akan diberikan terlebih dahulu dan sesi pembelajarannya menyusul kemudian. Dapat? Sebagai manusia yang hidup, seharusnya kita perlu faham bagaimana sepatutnya kehidupan ini dijalani; cara dan prinsip yang betul. Tetapi, untuk mendapatkan itu, menhampiri sifar kemungkinan; orang yang sudah berumur 100 tahun pUn mungkin tidak mampu, menerangkan dan memberikan cara yang ideal untuk manusia menjalani hidup tnpa masalah dan kekusutan.
Pada masa2 dan situasi tertentu, setiap manusia pasti akan merasakan bahawa platform kehidupan mereka senget sebelah; bertuah mahupun malang… Pandang ;lah pada diri..Jerit lah, aku mahu berubah!! Sedangkan Beruk yang dilatih pun mampu membuat perubahan dalam hidupnya - Nostalgia
bravo!!! satu lagi pemuda harapan malaysia... thanz for ur advice...!!! fresh new idea...hmmm
ReplyDelete