Memasuki sukuan kedua tahun 2009. ini merupakan paparan pertama aku untuk blog sepi ini. Kekalutan kian muncul disetiap putaran jasad dunia yang satu ini. Tahun ini kita telah diberitakan yang mana bumi berputar pada paksi dan khatilistiwa berada dalam sudut tepat dengan matahari. Kepanasan yang dirasakan semakin membuatkan kita bergelut dan merintih. Air jagung dan tebu kelihatan semakin menjadi produk yang laris pada ketika ini.
Jika sekarang anda menonton paparan berita di peti visual atau dada akhbar, akan ada berita yang menceritakan tentang petanda bahawa dunia semakin hampir ke penghujung. Baru baru ini hangat diperkatakan mengenai penularan sejenis virus kebal H1N1 atau selsema babi. Apa yang sampai kepada kita menceritakan bahawa 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat, yang memaksa rumah putih mengeluarkan notis untuk Perintah berkurung di California. Mexico pula telah disahkan oleh dunia sebagai negara kelahiran bagi wabak moden ini.
Buat masa ini masih belum ada angka yang rigid untuk aku paparkan megenai jumlah mangsa yang telah dijangkiti. Apa yang ingin aku tekankan adalah keterbukaan hijab hati kita tentang apa sebenarnya usul cerita untuk keanehan munculnya gomrolan wabak baharu dan membunuh lewat zaman ini. Jika dahulu kita dimomokan mengenai pengkelasan penyakit yang dilebelkan sebagai 'kritikal' yang banyak membunuh warga dunia seperti kanser, serangan jantung, diabetis dan penyakit yang menyerang organ major manusia. Kini, apa yang menjadi kerisauan penduduk dunia sebagai pembunuh sempurna adalah selsema. Kalau dulu selsema burung, kini babi pula.
Pabila sesat, kembalilah kepangkal jalan. Kita diajar supaya kembali kepada akar apabila berhadapan dengan kesulitan. Pada aku, apa yang sepatutnya kita kaji adalah ruangan dunia kita, alam sekeliling, ekologi natural, kitaran kelestarian dunia yang kita diami. segala macam yang terjadi di bumi ini, tiada lain hanyalah dari tangan makhluk bernama manusia. Lembu tidak pandai mencipta racun serangga perosak. Kambing tidak mungkin pandai mencipta serbuk SARS. Dan tak mungkin babi pula yang mencampurkan gelatin dalam susu minuman bayi.
Pembebasan bahan kemikal dan bukan organik serta logam berat lama kelamaan akan mengubah sesuatu dalan sistem ekologi kita. Perubahan fizikal adalah apa yang kita nampak dan boleh senbunyikan, tapi perubahan genetik, itu lebih menakutkan. Contohnya selsema babi ini. Dan yang mati adalah manusia, pada babi, ia hanya selsema.