Wednesday, June 6, 2012

Rasulullah Muhammad Bin Abdullah- Rahmatul Lil ' Alamin


Gambar hiasan






Assalammualaikum,

Salam sejahtera dan keselamatan kepada semua saudara2ku dan ucapan insaf bersempena tarikh Maulid Baginda Muhammad Bin Abdullah Rasulullah SAW. Esok cuti (pada sesetengah negeri di Malaysia) pasti ramai yang gembira :)

"Rasulullah Muhammad Bin Abdullah- Rahmatul Lil ' Alamin"

Manusia yang bernama Muhammad itu adalah kejadian terbaik Allah SWT yang merupakan Nur (cahaya) makhluk yang teragung. Dikutip dari Kitab karangan As-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani yang bertajuk, Sirrul Assrar Fima Yahtaju Ilaihi Al Abrar (Rahsia terdalam dari segala rahsia dalam menjelaskan tentang ahli kebajikan), dalam fasal Muqaddimah:


*****

Makhluk yang pertama diciptakan Allah adalah Ruh Muhammad SAW. Ia diciptakan daripada cahaya Jamal Allah. Sebagaimana firman Allah didalam hadis Qudsi: "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat-Ku".

Nabi SAW bersabda


"Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal".


Hakikat Muhammad disebut 'nur', kerna bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagai mana firman Allah: "Telah datang kepadamu "cahaya" dan kitab penerang dari Allah". Hakikat Muhammad juga akal, kerna ia yang menentukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam, kerana ia menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai mengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis).

*****

Baginda merupakan rahmat terbesar dari Allah kepada seluruh umat manusia, melangkaui batas bangsa, warna kulit, malah pengangan ugama. Baginda bukan hanya diutus Allah untuk orang2 Arab saja. Bangsa Habsyi, Parsi, Nuba', Yahudi, Eropah, Cina, India, Melayu, Afrika, Jawa, Bugis, dan lain2 suku bangsa yang melata di muka bumi ini mendendangkan harapan rahmat Rasulullah dan cahaya nur darinya.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”


(Al-Anbiyaa', Surah 21 ayat 107)


Baginda tidak pernah memandang rupa, darjat, bangsa atau ugama untuk melebarkan kebaikan, untuk menyampaikan kebenaran Islam. Ini terbukti sejak awal dakwah baginda bila Bilal Bin Rabah yang berbangsa Habsyi menjadi antara sahabat awal kembali kepada Islam. Begitu juga dengan Wahshy ibn Harb, Usama ibn Zayd & ibunya Umm Ayman, Harithah binti al-Muammil dan banyak lagi yang juga merupakan saudara berbangsa Habsyi Eutopia.


Begitu juga saudara yang kembali kepada Islam ketika zaman rasulullah yang datang dari tanah yang jauh nun dari kepulauan Comoro, Afrika Selatan iaitu Fey Bedja Mwamba dan Mtswa Mwandze yang kemudiannya menyebarkan kebenaran Islam di kepulauan itu. Seorang laki2 yang digelar dengan nama Tamim Al Dari serta anak2 kapalnya yang berlayar ke tanah Arab untuk memeluk Islam menurut riwayat adalah mereka adalah orang2 berbangsa Eropah (Spanyol).



Hingga kini, banyak pengkritik Islam yang menuduh bahwa Baginda Rasulullah mengajarkan ajaran yang membenci bangsa yahudi, ketahuilah! itu adalah kata2 pembohongan dan ketahuilah! bahwa rahmat Allah yang dilimpahkan melalui diri Rasulullah itu tidak memandang bangsa dan dosa2 nenek moyang mereka. Buktinya, antara sahabat rapat Rasulullah adalah Abdullah Bin Salam RA, yang merupakan bangsa Yahudi yang dahulunya merupakan Rabai ugama yahudi. Beliau malah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga ketika zaman Rasulullah. Begitu juga Safiyya binti Huyayy dan Rayhana yang berbai'ah dibawah panji Islam dan antara yang digelar sebagai Ummahat al-Mukminin iaitu Ibu orang-orang yang beriman.


Tidak cukup dengan itu, terkenang kembali akan kita peristiwa yang menjadi rakam dalam daftar sirah baginda tentang kisah seorang pengemis tua yang buta berbangsa dan ugama Yahudi yang tinggal dipenjuru kota makkah; sering memaki dan mengherdik Rasulullah ketika baginda menjalankan dakwah. Tetapi pada setiap pagi Rasulullah datang menjenguk memberi makanan roti kepada pengemis itu tanpa memperkenalkan dirinya adalah Muhammad, orang yang sering ia maki.

Bukankah rahmat kebaikan nur Rasulullah tersebar kepada laki2 yahudi buta itu juga?

Setelah kewafatan baginda, sahabatnya Abu Bakar bertanya kepada putrinya Siti 'Aisyah(isteri Rasulullah), "katakan padaku, apakah amalan Rasulullah yang belum aku tunaikan?".

Aisyah menyawab, "semuanya telah Ayahnda tunaikan, kecuali satu. Iaitu memberi makan kepada seorg pengemis Yahudi buta yang tinggal dipenjuru kota Makkah."

Telah pergi Abu Bakar membawa roti dan memberi makan kepada pengemis buta itu, lalu segera diherdik oleh pengemis dengan berkata, "Hei! Siapakah engkau?"

Abu bakar menjawab, " Aku adalah orang biasa datang (memberi makan)"

Pengemis buta itu lantas membalas,

"Jangan engkau membohongi akan daku! Sesungguhnya jika orang yang biasa datang memberi aku makan, tidak terasa susah tangan ini perlu menyuap makanan, tidak pula sukar aku mengunyahnya kerna dia biasa menceraikan makanan itu menjadi kecil sebelum memberiku makan."


Mengalir air mata Abu Bakar seraya menjawab, "benarlah, aku bukan orang itu, kerna orang yang mulia itu telah pun tiada. Dia adalah Rasul Allah, Muhammad Bin Abdullah.."

Pengemis itu lantas menangis menyesal dan menginsafi hakikat kemulian Rasulullah, orang yang selalu dicaci olehnya saban hari dahulu lalu menerima nur kebenaran Islam dengan syahadah..

Cukup contoh yang menjelaskan bahwa perutusan Baginda Rasulullah, Muhammad Bin Abdullah adalah untuk sekalian alam dan menjadi penuntun umat manusia untuk menempuh jalan yang benar (salik).

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.


(Surah Al-Ahzab ayat 21)

Semulia2 manusia ini adalah menjadi garis rujuk manusia terbaik. Pemimpin terbaik, suami terbaik, ayah terbaik, datuk terbaik, sahabat terbaik, cucu terbaik, remaja terbaik, pemuda terbaik, panglima terbaik, imam terbaik, hakim terbaik malah seorang raja terbaik.

Sekian Dulu. Salam Maulidurrasul buat semua :)



Assalammualaikum..



.

Tuesday, June 5, 2012

Rasulullah Insan Zuhud

Permulaanmu yang begitu kerdil ya Rasulullah; lahir sebagai anak kecil yang kematian bapa, kehilangan belaian manja ibumu seawal umur delapan tahun. Kecilmu tiada sempat bermewah mewah, zaman anak anak mu tiada sempat ber main main. Suka suka dan riangan tawa tidak sempat mewarnai dunia masa kecilmu dek kerna hilangnya tempat nasib badan bergantung harap.



Kandangan kambing engkau jaga hari-hari jadi balas jasa bumbung bagi dirimu menumpang ihsan Abdul Muthalib.. Tidak sempat besar benar umurmu, telah pergi terlebih dahulu datuk yang mulia meninggalkanmu, maka terpikul kasih sayang terhadapmu oleh saudara bapamu, Abu Thalib.


Sesungguhnya, dalam kesukaran hidup awalmu yang dipukul badai nasib, Allah tidak sesekali meninggalkan kekasihNya dan membiarkanmu jatuh menjadi hina. Malah engkau kekal didalam peliharaan Nya bersemarak dengan kemuliaan, dan kecerdasan akal yang takjub. Halnya kerna itulah bumi paran, Makkah Al Muqaramah menjadi saksi sebut sebutan nama Al Amin meniti dibibir-bibir, baik2 laki2, perempuan, penjual2 di pasar, ahli syair, malah penguasa suku khabilah, penduduk isi bandar itu.

Sifat2 mulia yang mengalir sebati dalam dirimu menyebabkan lekas benar diri mu dikenal bah kan bijak menguraikan buku perselisihan dalam khabilah suku hingga kaum.

Hanyasanya kesenangan dan kebendaan dunia tidak pernah mengubah sifat bersih suci mu setelah berjaya menegakkan syi'ar Islam dibumi paran.

Betapa sederhananya hidupmu Ya Rasulullah SAW, walau pun setelah engkau bergelar Khalifah, Walaupun Engkau Kekasih Allah SWT, walau Engkau Penghulu para Rasul..


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya,



أَبِي سَعِيدٍ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ وَبِيَدِي لِوَاءُ الْحَمْدِ وَلَا فَخْرَ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الْأَرْضُ وَلَا فَخْرَ

قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْحَدِيثِ قِصَّةٌ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ



“ aku adalah tuan kepada anak Adam di hari kiamat dan tiada kebanggaan, dan ditanganku panji kepujian dan tiada kebanggaan, dan tiadalah seorang nabi pada hari itu, Adam atau yang lainnya melainkan mereka berada di bawah panjiku, dan aku adalah yang pertama yang dikeluarkan daripada bumi dan tiada kebanggaan”.

Walau khazanah kekayaan dunia di tanganmu, walau ketika engkau adalah raja pada wilayah yang luas. Pada masa Kaisar Rom dan empayar Kisra Parsi saling bermegah dengan kilauan emas, perak kesenangan pada mata pandangan kebendaan. Engkau ya Rasulullah, tidak pernah mengejar akan perhiasan, tidak pernah menuntut akan singgah sana istana agam yang megah...

Diriwayatkan oleh Saiyidina Umar Ibn Khattab:

Aku segera masuk menemui Rasulullah s.a.w aku melihat baginda sedang berbaring di atas sebidang tikar. Lalu aku duduk berhampiran dengan baginda. Aku lihat baginda menurunkan kain yang satu-satunya digunanya oleh baginda. Ketika itu aku melihat kesan tikar pada pinggang baginda. Kemudian aku layangkan pandanganku ke sekitar kamar. Tidak banyak barang yang ada di situ kecuali hanya segantang biji gandum terletak di sudut kamar, sebidang kulit iaitu belulang binatang yang belum sempurna disamak dan beberapa barang lain yang tidak berharga sehinggalah aku menitiskan air mata. Melihat keadaan itu Rasulullah bertanya:

"Kenapa kamu menangis, wahai putera Al-Khattab?" Dengan suara tersedu-sedu aku menjawab:

"Wahai Nabi Allah! Bagaimana aku tidak menangis melihat keadaan kamu yang sangat menyedihkan ini dan tikar yang memberi kesan padamu? Jauh sekali dengan apa yang dinikmati oleh Kaisar dan Raja-raja di sana, sedangkan kamu wahai Rasulullah s.a.w hanya memiliki ini."

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wahai putera Al-Khattab! Mahukah kamu sekiranya akhirat menjadi bahagian kita dan dunia menjadi bahagian mereka?"

Aku menjawab:

"Sudah tentu aku mahu."

(H.R Muslim)


Bangkitnya baginda menegakkan jalan Allah, bukan kerna kebendaan dunia. Bukan kerna kepentingan kedudukan. Bukan kerna keinginan nafsu. Baginda adalah raja yang tidak mengharapkan pengawal,tidak berkeinginan akan singgahsana dan tahta.

sabda baginda:

"Demi nyawaku didalam genggaman Allah SWT! Tidaklah aku tinggal di dunia melainkan seperti musafir yang berteduh dari kepanasan matahari di bawah pohon dan beristirahat, lalu musafir tersebut pergi meninggalkannya.”

(HR. Tirmidzi no. 2551. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan At Tirmidzi)

Allahumma shalli 'alla Muhammad, Wa'ala shallihi Muhammad...



.

Thursday, May 7, 2009

Wabak Dari Babi Untuk Manusia

Memasuki sukuan kedua tahun 2009. ini merupakan paparan pertama aku untuk blog sepi ini. Kekalutan kian muncul disetiap putaran jasad dunia yang satu ini. Tahun ini kita telah diberitakan yang mana bumi berputar pada paksi dan khatilistiwa berada dalam sudut tepat dengan matahari. Kepanasan yang dirasakan semakin membuatkan kita bergelut dan merintih. Air jagung dan tebu kelihatan semakin menjadi produk yang laris pada ketika ini.
Jika sekarang anda menonton paparan berita di peti visual atau dada akhbar, akan ada berita yang menceritakan tentang petanda bahawa dunia semakin hampir ke penghujung. Baru baru ini hangat diperkatakan mengenai penularan sejenis virus kebal H1N1 atau selsema babi. Apa yang sampai kepada kita menceritakan bahawa 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat, yang memaksa rumah putih mengeluarkan notis untuk Perintah berkurung di California. Mexico pula telah disahkan oleh dunia sebagai negara kelahiran bagi wabak moden ini.
Buat masa ini masih belum ada angka yang rigid untuk aku paparkan megenai jumlah mangsa yang telah dijangkiti. Apa yang ingin aku tekankan adalah keterbukaan hijab hati kita tentang apa sebenarnya usul cerita untuk keanehan munculnya gomrolan wabak baharu dan membunuh lewat zaman ini. Jika dahulu kita dimomokan mengenai pengkelasan penyakit yang dilebelkan sebagai 'kritikal' yang banyak membunuh warga dunia seperti kanser, serangan jantung, diabetis dan penyakit yang menyerang organ major manusia. Kini, apa yang menjadi kerisauan penduduk dunia sebagai pembunuh sempurna adalah selsema. Kalau dulu selsema burung, kini babi pula.
Pabila sesat, kembalilah kepangkal jalan. Kita diajar supaya kembali kepada akar apabila berhadapan dengan kesulitan. Pada aku, apa yang sepatutnya kita kaji adalah ruangan dunia kita, alam sekeliling, ekologi natural, kitaran kelestarian dunia yang kita diami. segala macam yang terjadi di bumi ini, tiada lain hanyalah dari tangan makhluk bernama manusia. Lembu tidak pandai mencipta racun serangga perosak. Kambing tidak mungkin pandai mencipta serbuk SARS. Dan tak mungkin babi pula yang mencampurkan gelatin dalam susu minuman bayi.
Pembebasan bahan kemikal dan bukan organik serta logam berat lama kelamaan akan mengubah sesuatu dalan sistem ekologi kita. Perubahan fizikal adalah apa yang kita nampak dan boleh senbunyikan, tapi perubahan genetik, itu lebih menakutkan. Contohnya selsema babi ini. Dan yang mati adalah manusia, pada babi, ia hanya selsema.

Saturday, February 14, 2009

Harga Minyak dan Boxer Berjenama

Menulis lagi aku diruangan blog pena jahat. Maaf la nama untuk blog yang aku tempelkan di muka laman jaringan ini tiada langsung nilai moral mahupun kontemporari. Tindakan semborono tangkap muat yang aku ambil untuk menamakan blog ini tiada langsung aku kesalkan. Tiada maksud atau makna tersendiri disebalik nama itu, pena lebih melambangkan bahawa blog ini sarat dengan penulisan penulisan yang terhasil dari otak aku yang saban hari meronta pada ketidak selesaan aku pada banyak perkara yang aku nampak dan lalui. Yang jahat itu pula tidak lah aku ketahui kenapa aku memilih kata itu untuk blog ini.

Mungkin lewat zaman ini aku sediri sedar ketika aku sering menggoogle dunia maya internet, kebanyakkan manusia sekarang lebih mencenderungkan minat mereka untuk memuat turun muka laman yang berorantasikan nilai jahat, negative, hitam, degil, nakal, hina, jahil, dan anti moral. Manusia sekarang semakin hilang minat kepada nilai ilmu dan intelektual. Bagi nama blog ini sengaja aku pilih bukanlah untuk menarik dan menipu pembaca semua untuk melayari muka blog ini.

Seperti yang kita semua sedia sedar, semakin zaman ini bergerak dengan kemodenan dan percambahan pelbagai kecelaruan; perkataan jahat dan baik itu sendiri pun seringkali mudah diputar belitkan. Sesuatu yang mempunyai ekspresi dan imej baik sekarang tidak semestinya baik seluruhnya, begitu juga sebaliknya..Arakian begitulah tersurahnya yang empunya cherita…..

Kejatuhan Chelsea, Kebangkitan Hamas

  1. Minggu ini merupakan minggu yang hangat. Industri sukan terbesar dan terkemuka dunia pada hari ini menjadi gempar secara tiba-tiba. Bagi mereka-mereka yang menggilai sukan bola sepak pastinya tidak mengalihkan perhatian mereka daripada perlagaan pasukan-pasukan di liga tersohor; English Primer League [EPL]. Untuk penyokong kental pasukan Biru Chelsea; pada minggu ini, mata mereka tiba-tiba menjadi bulat, cuping telinga mereka tiba-tiba menjadi keras, merah panas dan berasap-asap. Pada isnin, 8 febuari lalu jurulatih pasukan itu yang sebelum ini sibuk di sanjung dan diusung dari Portugal; Luiz Felipe Scolari, serta-merta telah dipecat oleh pemilik kelab itu; Roman Abramovic, kerana penurunan drastik prestasi pasukannya di penghujung saingan liga. Kesabaran pemilik kelab itu yang sememangnya seorang yang ego dan angkuh telah sampai ketahap tidak tertahan lagi; mungkin sampai diserang sembelit menahan sabar apabila Chelsea hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pasukan “ayam”; Hull City. Jujukan dari pada derita menahan sabar dan sembelit, maka keputusan pemecatan jurulatihnya telah disahkan kepada media oleh pemilik kelab itu.





Sehari selepas pemecatan itu, keberangan dan kebengangan para penyokong pasukan “Biru” itu sedikit terubat apabila kekosongan tugas jurulatih pasukan tersebut telah setuju diganti galas oleh jurulatih terkemuka; Guus Hiddink. Adalah merupakan satu penghormatan dan kegembiraan kerana individu itu mempunyai latarbelakang kejurulatihan yang begitu membanggakan. Hiddink adalah individu yang bertanggungjawab membimbing pasukan Korea menerima kejayaan dalam saingan Piala Dunia Korea-Japan lalu. Juga berjaya membawa Australia ke peringkat kalah mati dalam Piala dunia dan yang terbaru, Hiddink membantu pasukan Russia layak ke Piala Dunia 2010. Namun perasaan gembira penyokong Chelsea ini tidaklah segembira perasaan mereka yang menonton filem animasi Upin dan Ipin, Geng yang menelan modal RM4j untuk pembikinan. Hal ini disebabkan perlantikan Hiddink bukanlah perlantikan kekal dan hanya akan menggalas tugas itu sehingga tamat musim ini sahaja. Apa yang kedengaran adalah khabar angin yang mengatakan bahawa jawatan kekal sebagai jurulatih Chelsea akan diberikan kepada pengurus kelab gergasi AC Milan; Carlo Ancelotti.

Begitulah sedikit rencah drama yang berlaku disekitar platform bola sepak internasional. Dalam masa keriuhan berita-berita ini, apa yang aku perasan kesan berterusan impaksi dari serangan Israel keatas Bandar Gaza semakin hilang dari dada-dada akhbar. Terbaru aku menonton ulang tayangan rancangan Melodi TV3; alkisah artis Malaysia yang melakukan lelongan barangan peribadi mereka kepada peminat untuk mengumpul dana bantuan mangsa Gaza. Kesan sebenar kemusnahan kota Gaza pula ada di tayangkan melalui slot Majalah 3. Dari apa yang aku amati dari penyiaran berita lokal dan pembacaan dari media luar melalui internet; personal aku merumuskan bahawa serangan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv telah gagal dari segi motif dan objektif mereka.

Serangan yang direncana untuk motif penghapusan anggota Hamas adalah sama sekali menemui jalan buntut@buntu. Sehingga sekarang pihak rejim masih lagi belum mendedahkan butir-butir kejayaan yang dicapai hasil serangan yang dilancarkan. Jumlah statistik anggota Hamas yang gugur dan peratusan kelumpuhan saraf organisasi Hamas masih lagi menjadi tanda tanya atau ????????!.

Dapat kita sama-sama lihat yang mana Hamas menjadi sebuah badan organisasi militari dan politik yang begitu mengancam kedudukan Zionis. Siapakah sebenarnya Hamas ini? Pada aku badan itu merupakan pengimbang kepada penindasan dan diskriminasi yang dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin. Hamas merupakan badan pembela dan suatu bentuk kuasa lawan yang mewakili rakyat Palestin. Yang aku sebut tadi hanyalah pandangan dan pendapat personal aku. Namun Hamas sebenarnya adalah sesuatu yang lebih dari itu. Terbina dari hasil pelbagai situasi dan konflik politik tempatan dan isu-isu ketegangan Israel-Palestin.

Latarbelakangnya, Hamas adalah merupakan sebuah gerakkan politikal pro-Palestin yang memusatkan kekuasaannya di kota Gaza yang mana merupakan badan yang bertanggungjawab memperkenalkan kempen ketenteraan menentang Israel yang bermula pada tahun 2000, semasa Intifada fasa dua selepas tenggelamnya Fattah. Organisasi Hamas ini ditubuhkan secara sah pada pertengahan tahun 1987 yang mana pada ketika itu, badan ini lebih merupakan salah satu cabang kepada Gerakan Saudara Arab Muslim. Gerakkan ini telah mendapat perhatian hangat daripada penduduk Palestin sebagai pelindung mereka dari keganasan rejim.

Kemuncak kejayaan Hamas adalah pada Januari 2006, apabila badan ini telah berjaya memenagi majoriti undi pada pilihanraya parlimen di Palestin. Keputusan pilihanraya ini adalah sebuah tamparan hebat kepada muka plastik Zionis yang mempunyai hati batu kapur. Hamas banyak terlibat dalam aktiviti pembangunan yang mana banyak sekolah, hospital dan rumah ibadat telah didirikan.

Halangan mula timbul dalam pemerintahan Hamas apabila terlibat dalam krisis persaingan Fattah dan serangan dari Zionis serta sekatan perdagangan antarabangsa yang dialami Palestin. Dengan beberapa siri serangan berdarah yang dilancarkan oleh rejim cukup untuk membuktikan bahawa keberadaan Hamas sehingga kini adalah rentetan kisah perngorbanan ribuan pejuang Islam Palestin.

Serangbalas kebangkitan Intifada yang terawal oleh Hamas adalah ketika di bawah pemerintahan Sheikh Ahmed Yassin pada 2004 bersama Abdul Aziz al-Rantissi yang pada ketika itu merupakan individu yang berpengaruh di Gaza. Badan ini yang dikenali sebagai gerakkan pelindungan Islam mempunyai matlamat untuk membentuk semula Negara merdeka Palestin yang sama seperti sebelum pembentukan Israel pada 1948. Hamas adalah satu-satunya organisasi yang menerima anggota yang dibuang dari Organisasi Liberalis Palestin dan berorentasikan parti politik tetapi dalam masa yang sama bergerak sebagai gerila tentera yang berani mengangkat senjata.



Penceritaan mengenai Hamas ini pada aku adalah lebih kepada penaakulan kita terhadap pejuang-pejuang patriotikal yang mempumyai semangat nasionalisme yang kental. Mereka adalah gugusan dan kelompok yang berani memikul tanggungjawab mereka atas nama Negara tanah air dan agama. Apa yang mereka mahu adalah hak-hak mereka yang telah lama dipijak di bawah telapak kaki busuk Zionis yang semakin lama semakin berbau dan membuatkan hati-hati mereka tidak senang. Perjanjian gencatan senjata yang termeterai hanya menampakan tindakan Zionis untuk terus memperbodohkan bangsa arab. Terbaru, ketika proses gencatan senjata Israel-Palestin yang dipersetui untuk 18 bulan berikutnya, pihak rejim denagn sambil lewa menghantar 2 pesawat membedil sempadan Tebing Barat. Alasan untuk memusnahkan kilang memproses senjata Hamas, tetapi apa yang musnah adalah sebuah kem pelarian Palestin.






Kebodohan rejim yang baghal ini terserlah dengan kegagalan matlamat mereka melumpuhkan Hamas dan pembunuhan orang awam; tindakan tidak berhati perut.Pembodohan ini juga samalah dengan bodohnya pasukan yang dimiliki yahudi yang bernama Abramovic apabila gagal menyumbat gol di gawang Hull City. Apa-apa pun, aku adalah peminat John Terry. Sekian dulu....

Saturday, January 24, 2009

Dunia Terus Diperkosa



Salam..Jari aku terus tergerak untuk menulis di ruangan blog serba gila ini..hari yang aku lalu dengan mata aku memandang kepada seribu macam benda, situasi, kejadian dan tragedi yang mengisi rutinitas aku sehari-hari. Semakin tua usia dunia yang kita diami sekarang, semakin hebat kecelaruan yang datang bergelut seiring dengan putaran jasad hemisfera. Sebut pasal bumi, personal jiwa aku memberontak dengan rasa simpati dan kasihan. Betapa malang nasib bumi ini kerana berbakti kepada makhluk yang bernama manusia rakus. Taatnya bumi ini untuk terus menerima manusia mendiami isi perutnya. Sedang makhluk rakus dikalangan manusia ini tidak ambil pusing terhadap kelestarian alam semesta yang mereka sendiri diami.

Aku menulis ini untuk mereka-mereka yang akalnya terlalu tumpul yang mana kalau dibuat pisau; roti paung pun belum tentu dapat dipotong dek kerana tumpulnya ia. Roti paung cukup terkenal di negeri Terengganu. Sadar atau tidak, bumi ini sudah jauh terpesong dari landasan keseimbangan kitaranya. Lewat zaman ini seluruh isi dunia merungut tentang bagaimana peritnya perihal cuaca. Matahari tidak lagi menyinar seredup dahulu.

Lebih Sedekad yang lalu, aku masih merupakan budak comot kampong yang ligat bermain. Masih ingat lagi, sepanjang waktu kecil aku habiskan masa siang bermain di luar rumah. Lingkungan jam 2 dan 3 petang, aku dan kawan-kawan boleh berseronok bermain layang-layang atau pun berbasikal. Waktu itu kondisi cuaca begitu nyaman dan mengasyikkan. Kini, Lingkungan jam 2 dan 3 petang merupakan waktu yang memerit kan bila tiba musim kering. Kebanyakkan anak-anak kecil sekarang selesa membatu didalam rumah pada sebahagian waktu siang dan hanya keluar pada lewat petang. Sekali lagi aku berasa kasihan, kali ini terhadap anak-anak moden yang kehilangan waktu mereka beriadah di luar. semuanya kerana perubahan suhu yang semakin hari semakin ekstrem. ramai yang bergelut dengan kenaikan suhu dunia pada hari ini.

Apabila tiba musim hujan/monsun, sebahagian besar tahan Negara ini ditujah oleh angin sejuk yang datang dari Serbia. Pertembungan udara sejuk dengan sistem tekanan atmosfera yang rendah menghasilkan angin kuat dan kenaikan paras laut china Selatan dan hujan lebat di pantai timur semenanjung Malaysia. Hal ini berlaku mengikut kitaran peredaran angin dunia pada November hingga Mac. Namun, sekarang kita semua dapat merasakan yang kitaran itu semakin berubah. Hujan lebat tidak lagi menghentam negeri-negeri pantai timur sahaja yang mana sering mengakibatkan banjir di Kelantan dan Terengganu. Dua tahun lepas kejadian banjir di negeri-negeri lain seperti Johor dan Melaka telah membuka mata kita. Perkara yang sama juga telah berlaku pada tahun lepas. Monsun juga tidak lagi datang pada waktu yang biasa seperti beberapa dekad yang lalu.

Itu Cuma kejadian dan isu lokal. Jika kita lebarkan cuping telinga kita terhadap bencana dunia, kita dapat lihat yang mana kejadian ribut dan taufan semakin kerap berlaku. El Nino dan Al Mino kini sudah beranak pinak di merata dunia. Para ahli meteorologist semakin kusut untuk menamakan pelbagai taufan baru yang tidak semena mena muncul meranapkan harta benda dan menelan ribuan mangsa korban.Apa yang lebih mengejutkan, menurut meteorologist barat; kejadian taufan yang berlaku sekarang telah meningkat kekuatanya ketahap 4 dan 5 seperti taufan Katrina yang melanda Amerika. Angin pada taufan ini mampu bergerak melebihi 124 batu sejam. Banjir yang berlaku di Negara-negara Eropah juga semakin kerap dan melayangkan banyak nyawa kerana kebanyakkanya berlaku dengan tiba-tiba. Dalam masa yang sama, penduduk benua Afrika terus sensara dengan musim kering yang semakin memanjang. Perkara ini telah menyebabkan penyebaran pelbagai jenis penyakit yang juga menelan korban. Salji di puncak banjaran Himalaya juga semakin lenyap dari mata manakala ais Glasier, salji dan permafrost di kedua-dua kutub bumi yang berusia ribuan tahun kini seakan hampir menemui riwayatnya.

Ini semua merupakan tanda-tanda bumi kita semakin nazak dan kesimbangan lestarinya telah terganggu gugat. Semua kitaran sistem yang menghidupkan isi bumi kini tidak berputar selancar yang dahulu. Kitaran angin yang mengawal kitaran air kini terganggu dengan perubahan tekanan atmosfera sejagat. Dan tentunya perubahan tekanan ini berlaku disebabkan perubahan suhu dunia yang drastik. Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah matahari kita sekarang meradiasikan pancaranya semakin lama semakin kuat? Diingatkan bahawa matahari kita merupakan sebuah jasad bintang yang membakar bahan nuklearnya dengan bahan bakar yang semakin menyusut dan satu hari nanti pasti akan padam. Maka mana mungkin matahari manjadi punca pemanasan global.

Apa yang tidak kena adalah sikap manusia. Manusia lah yang menjadi pelopor dan pencipta fenomena pemanasan global ini; mengakibatkan segala macam bencana dan kecelaruan yang aku sebutkan tadi. Pembodohan manusia yang mahsyuk dan terhadap pembangunan industri dan transpotasi mengakibatkan dunia menjadi panas. Seperti mana yang kita tahu yang dunia hari ini digerakkan oleh petroleum fosil yang digali dari perut bumi. Bahan ini yang menggerakkan jutaan enjin kenderaan dan memutarkan turbin-turbin loji/kilang yang bertabur di seluruh dunia. Dalam sehari manusia mengkonsumi 85 tong bahan bakar ini yang mana 70 tong dari padanya digunakan untuk transpotasi. Daripada bahan yang dibakar ini, terhasil kumpulan gas-gas yang yang dinamakan gas rumah hijau. SOx, NOx, Carbon Monoxide dan Volatile Organic Compound adalah diantara gas rumah hijau yang terhasil dari pembakaran petroleum fosil ini. Kebanyankkan gas ini mempunyai kitarhidup yang menjangkau puluhan tahun sebelum terurai sepenuhnya.

Apa yang menjadi masalah utama kepada pemanasan global ini adalah lambakkan gas-gas bahan bakar yang terperangkap di dalam udara kita. Sebahagia dari padanya bergerak jauh ke lapisan kedua atmosfera iaitu stratosfera dan mampu bertindak balas dan menguraikan lapisan ozon. Nah…terjadinya fenomena penipisan ozon yang membenarkan radiasi merbahaya dari matahari menembusi terus kepada kita lalu meningkatkan suhu dunia. Apa yang terjadi angkara gas bahan bakar tadi tidak berhenti di situ. Lambakan gas toksik tepu dalam udara juga menghalang haba dari keluar dari atmosfera kita. Matahari memancarkan sinar golombang panjang haba ke permukaan bumi. Manakala tugas bumi adalah memantulkan pancaran tadi keluar dari atmosfera kita. Namun, dengan lambakkan gas bebal tadi telah memerangkap haba gelombang pendek dan menghalang haba keluar dari udara bumi. Inilah punca sebenar pemanasan global.

Maaf jika penulisan aku terlalu berat dan membosankan. Tapi itulah penerangan kepada taufan yang melanda Amerika, Republik Czech, Poland dan menyebabkan 6 terkorban. German, UK, Belgium, Austria, Utara Peranchis dan Belanda semuanya dilanggar ribut yang semakin mengganas. Keringnya kebanyakkan sungai di Afrika dan Negara Timur Tengah, penurunan suhu yang melampau secara tiba-tiba di Mekah dan Madinah semasa musim Haji yang lepas juga menandakan kecelaruan sistem kitaran dunia.
Apa yang menyedihkan, industri terus juga pesat di bangunkan, pelbagai macam jenama kereta terus juga dihasilkan tanpa sekatan dan pertimbangan. Aspek penampan terhadap pemanasan global seperti pokok-pokok hutan terus saja ditebang dan di musnahkan. Lewat tahun lepas saja, kontrak pembalakkan di salah sebuah negeri di utara tanah air diluluskan kerajaan bernilai lebih RM500j untuk menampung perbelanjaan negeri. Bayangkanlah berapa banyak penghasil oksigen yang akan hilang dari dunia ini..

Ini bukan penulisan politikal tetapi rasional. Sebelum kita semua mati diterbangkan ribut atau dihanyutkan banjir, sekurang-kurangnya kita tahu sesuatu dan tidak terus menyalahkan takdir. Dunia semakin nazak namun manusia terus buta kepada profit, industri dan transportasi. Apa yang aku lihat sekarang, kita beramai-ramai sedang menggali sebuah lubang kubur yang besar dan menanti waktu untuk terjun bersama-sama ke dalamnya. Bumi ini kita pinjam dari generasi masa hadapan; anak cucu kita yang berhak untuk hidup berginjak dalam kondisi nyaman, Sehijau dan selestari yang dahulu..

Sekian dulu..

Wednesday, January 21, 2009

KEUNGGULAN SISTEM?

Otak yang berat dan sarat dengan emosi dan pemikiran bebal aku lanjut kan dengan penulisan yang serba karut dan membingung kan dalam blog ini. Haha.. Kerja dan tugasan yang bertabur di sekitar ruang masa aku, masih lagi membutuhkan komitmen tanpa henti untuk aku meyiapkannya. Rutinitas sehari hari yang makin tak menentu, masalah remeh dan badan yang kurang sehat semacam menjadi pendorong untuk aku untuk tidak berbuat apa apa haha…. Andaikan saja tubuh manusia ini sebagai robot, segalanya bisa dijalankan menurut perisian dan tetapan masa hoho.. Malangnya ia tiada pula berperasaan, emosi dan improvasi kendiri; nama pun mesin robot hehe. Jikalau lah ada manusia yang berkehidupan seperti robot, individu itu aku kelaskan sebagai manusia paling bebal di atas muka planet ini haha…


Dua tiga hari yang lalu aku ada melayari laman jaringan ricecooker.kerbau.com, tertarik aku pada ruangan columunis yang di contribute kan oleh saudara Hishammudin Rais, berperihalkan isu di sekitar ambang peperangan di Iraq; serangan dan sekatan Amerika lantera maklumat perisikan mereka yang megatakan terdapat pihak yang memajukan teknologi nuclear yang berorentasikan pensenjataan. Secara peribadi aku katakan yang motif serangan itu tidak lebih dari propaganda sialan yang menyelimut dendam dan ketamakan mereka (Amerika). Pemalsuan erti kata jihad dan provokasi murahan terhadap komuniti Islam sejagat.


Berbalik kepada rencana yang ditulis oleh saudara Hishamuddin tadi, perkara yang menarik perhatian aku adalah pengolahan fakta beliau tentang system kapitalis yang dimomokkan sebagai system yang memakan etika manusiawi. Secara kasarnya, beliau menceritakan mengenai bagaimana implementasi system ini kepada masyarakat dan komuniti global; globalisasi yang membawa kepada penguasaan ekonomi secara total terhadap Negara yang maju. Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus dihimpit. Boleh dikatakan secara keseluruhan penulisan beliau, menyelar perlaksanaan system ini yang semakin lama semakin terpesong dari landasan human right. Penentuan kuasa yang mentadbir dunia yang berlandaskan system ini, seakan menyembelih leher golongan Negara dunia ketiga. Semakin lewat zaman, semakin wujud kebenaran teori Charles Darwin; hanya golongan dominan yang akan merasai nikmat survive di muka bumi ini.


Menurut perspektif aku sendiri, selagi manusia mempunyai nafsu, akal, niat (baik atau tidak), prejudis dan ego; hakikatnya semua manusia begitu, segala macam system dan cara pengagihan kuasa sekali pun pasti akan timbul kelemahannya. Cuma permasalahan; kapitalis, ini kian meruncing apabila Amerika sebagai Negara yang memonopoli sebahagian besar ekonomi dunia, seakan dianugerahkan kuasa yang tidak tertanding oleh mana2 negara lain amnya dan khusus untuk Negara berekonomi kerdil. Walaupun terdapat Negara berkuasa veto selain Amerika seperti China dan Perancis, mereka seakan membatu melihat tindakan terlampau pihak Amerika. Apa lagi harapan yang ada?


Secara historikalnya, pertelingkahan untuk merebut kuasa dan kepentingan ini sudah ujud seawal ujudnya manusia secara berkomuniti; seawal Qabil dan Khabil. Tapi, untuk isu dunia sekarang ini; kekebalan Amerika, kita boleh lihat ia bermula dari perang dunia kedua yang mana melibatkan pertembungan negara-negara yang berpaksikan fahaman komunis/sosialis dan Negara dari paksi kapitalis ini sendiri. Jelas kita dapat melihat penguasaan dunia pada masa itu lebih berbentuk dwi polar antara paksi komunis dan kapitalis; berbanding mono polar yang diterajui Amerika sekarang. Apa bila makhluk2 tolol ini mula sedar (bukan sebenarnya sedar) tentang kemusnahan dan pembaziran yang telah telah dialami dan dibantu amaran longlai dari Liga Bangsa; yang mana berperanan seperti Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sekarang, perperangan secara ketenteraan ditamatkan. Namun ujud pula perang dingin yang mana negara2 ini bergerak secara blok blok menyebarkan fahaman masing. Perang secara falsafah dan mentaliti ini telah mereka dalami dan perhalusi sehingga semacam kita tidak sadari yang minda kita telah diperangi sejak zaman pak kaduk, zaman lampu pelita ayam, zaman orang kita mandi perigi lagi. Aku tak mahu menulis benda yang berat berat, cukup sekadar bercerita dan menimbulkan persoalan di kalangan kita.


Apa yang terjadi, Soviet yang mengepalai blok sosialis telah tumbang dek kerana penyebaran pengaruh dan fahaman kapitalis Amerika. Nah... Lihat saja kesanya sekarang. Peguasaan secara menggila Amerika terhadap dunia dan tindakan2 yang mereka lakukan tanpa memikirkan siapa yang akan bangkit menentang dan memberikan kata dua kepada mereka. Disini aku bukan lah menjadi pro kepada mana mana pihak, tapi bagi aku keberadaan pakatan komunis pada masa itu sedikit sebanyak mendatangkan kebaikan dalam bentuk pengawalan tindakan ketenteraan dan ekonomi dikalangan negara negara dunia. Pengwujudan dunia dwi atau tri polar; itu lah maksud aku.


Selepas berakhirnya pertelagahan antara ide kapitalis dan komunis; penerimaan sistem kapitalis, kita dapat lihat kesannya yang mana dunia ditadbir oleh raja ekonomi. Seperti penulis column itu, aku juga tidak menolak perang, kita dibolehkan untuk berperang pada masa dan situasi tertentu. Dan pada aku, perang juga banyak mengajar manusia sejagat tentang harga keamanan.


Aahh… jam sudah pukul 3, masa untuk ke kuliah….