Saturday, January 24, 2009

Dunia Terus Diperkosa



Salam..Jari aku terus tergerak untuk menulis di ruangan blog serba gila ini..hari yang aku lalu dengan mata aku memandang kepada seribu macam benda, situasi, kejadian dan tragedi yang mengisi rutinitas aku sehari-hari. Semakin tua usia dunia yang kita diami sekarang, semakin hebat kecelaruan yang datang bergelut seiring dengan putaran jasad hemisfera. Sebut pasal bumi, personal jiwa aku memberontak dengan rasa simpati dan kasihan. Betapa malang nasib bumi ini kerana berbakti kepada makhluk yang bernama manusia rakus. Taatnya bumi ini untuk terus menerima manusia mendiami isi perutnya. Sedang makhluk rakus dikalangan manusia ini tidak ambil pusing terhadap kelestarian alam semesta yang mereka sendiri diami.

Aku menulis ini untuk mereka-mereka yang akalnya terlalu tumpul yang mana kalau dibuat pisau; roti paung pun belum tentu dapat dipotong dek kerana tumpulnya ia. Roti paung cukup terkenal di negeri Terengganu. Sadar atau tidak, bumi ini sudah jauh terpesong dari landasan keseimbangan kitaranya. Lewat zaman ini seluruh isi dunia merungut tentang bagaimana peritnya perihal cuaca. Matahari tidak lagi menyinar seredup dahulu.

Lebih Sedekad yang lalu, aku masih merupakan budak comot kampong yang ligat bermain. Masih ingat lagi, sepanjang waktu kecil aku habiskan masa siang bermain di luar rumah. Lingkungan jam 2 dan 3 petang, aku dan kawan-kawan boleh berseronok bermain layang-layang atau pun berbasikal. Waktu itu kondisi cuaca begitu nyaman dan mengasyikkan. Kini, Lingkungan jam 2 dan 3 petang merupakan waktu yang memerit kan bila tiba musim kering. Kebanyakkan anak-anak kecil sekarang selesa membatu didalam rumah pada sebahagian waktu siang dan hanya keluar pada lewat petang. Sekali lagi aku berasa kasihan, kali ini terhadap anak-anak moden yang kehilangan waktu mereka beriadah di luar. semuanya kerana perubahan suhu yang semakin hari semakin ekstrem. ramai yang bergelut dengan kenaikan suhu dunia pada hari ini.

Apabila tiba musim hujan/monsun, sebahagian besar tahan Negara ini ditujah oleh angin sejuk yang datang dari Serbia. Pertembungan udara sejuk dengan sistem tekanan atmosfera yang rendah menghasilkan angin kuat dan kenaikan paras laut china Selatan dan hujan lebat di pantai timur semenanjung Malaysia. Hal ini berlaku mengikut kitaran peredaran angin dunia pada November hingga Mac. Namun, sekarang kita semua dapat merasakan yang kitaran itu semakin berubah. Hujan lebat tidak lagi menghentam negeri-negeri pantai timur sahaja yang mana sering mengakibatkan banjir di Kelantan dan Terengganu. Dua tahun lepas kejadian banjir di negeri-negeri lain seperti Johor dan Melaka telah membuka mata kita. Perkara yang sama juga telah berlaku pada tahun lepas. Monsun juga tidak lagi datang pada waktu yang biasa seperti beberapa dekad yang lalu.

Itu Cuma kejadian dan isu lokal. Jika kita lebarkan cuping telinga kita terhadap bencana dunia, kita dapat lihat yang mana kejadian ribut dan taufan semakin kerap berlaku. El Nino dan Al Mino kini sudah beranak pinak di merata dunia. Para ahli meteorologist semakin kusut untuk menamakan pelbagai taufan baru yang tidak semena mena muncul meranapkan harta benda dan menelan ribuan mangsa korban.Apa yang lebih mengejutkan, menurut meteorologist barat; kejadian taufan yang berlaku sekarang telah meningkat kekuatanya ketahap 4 dan 5 seperti taufan Katrina yang melanda Amerika. Angin pada taufan ini mampu bergerak melebihi 124 batu sejam. Banjir yang berlaku di Negara-negara Eropah juga semakin kerap dan melayangkan banyak nyawa kerana kebanyakkanya berlaku dengan tiba-tiba. Dalam masa yang sama, penduduk benua Afrika terus sensara dengan musim kering yang semakin memanjang. Perkara ini telah menyebabkan penyebaran pelbagai jenis penyakit yang juga menelan korban. Salji di puncak banjaran Himalaya juga semakin lenyap dari mata manakala ais Glasier, salji dan permafrost di kedua-dua kutub bumi yang berusia ribuan tahun kini seakan hampir menemui riwayatnya.

Ini semua merupakan tanda-tanda bumi kita semakin nazak dan kesimbangan lestarinya telah terganggu gugat. Semua kitaran sistem yang menghidupkan isi bumi kini tidak berputar selancar yang dahulu. Kitaran angin yang mengawal kitaran air kini terganggu dengan perubahan tekanan atmosfera sejagat. Dan tentunya perubahan tekanan ini berlaku disebabkan perubahan suhu dunia yang drastik. Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah matahari kita sekarang meradiasikan pancaranya semakin lama semakin kuat? Diingatkan bahawa matahari kita merupakan sebuah jasad bintang yang membakar bahan nuklearnya dengan bahan bakar yang semakin menyusut dan satu hari nanti pasti akan padam. Maka mana mungkin matahari manjadi punca pemanasan global.

Apa yang tidak kena adalah sikap manusia. Manusia lah yang menjadi pelopor dan pencipta fenomena pemanasan global ini; mengakibatkan segala macam bencana dan kecelaruan yang aku sebutkan tadi. Pembodohan manusia yang mahsyuk dan terhadap pembangunan industri dan transpotasi mengakibatkan dunia menjadi panas. Seperti mana yang kita tahu yang dunia hari ini digerakkan oleh petroleum fosil yang digali dari perut bumi. Bahan ini yang menggerakkan jutaan enjin kenderaan dan memutarkan turbin-turbin loji/kilang yang bertabur di seluruh dunia. Dalam sehari manusia mengkonsumi 85 tong bahan bakar ini yang mana 70 tong dari padanya digunakan untuk transpotasi. Daripada bahan yang dibakar ini, terhasil kumpulan gas-gas yang yang dinamakan gas rumah hijau. SOx, NOx, Carbon Monoxide dan Volatile Organic Compound adalah diantara gas rumah hijau yang terhasil dari pembakaran petroleum fosil ini. Kebanyankkan gas ini mempunyai kitarhidup yang menjangkau puluhan tahun sebelum terurai sepenuhnya.

Apa yang menjadi masalah utama kepada pemanasan global ini adalah lambakkan gas-gas bahan bakar yang terperangkap di dalam udara kita. Sebahagia dari padanya bergerak jauh ke lapisan kedua atmosfera iaitu stratosfera dan mampu bertindak balas dan menguraikan lapisan ozon. Nah…terjadinya fenomena penipisan ozon yang membenarkan radiasi merbahaya dari matahari menembusi terus kepada kita lalu meningkatkan suhu dunia. Apa yang terjadi angkara gas bahan bakar tadi tidak berhenti di situ. Lambakan gas toksik tepu dalam udara juga menghalang haba dari keluar dari atmosfera kita. Matahari memancarkan sinar golombang panjang haba ke permukaan bumi. Manakala tugas bumi adalah memantulkan pancaran tadi keluar dari atmosfera kita. Namun, dengan lambakkan gas bebal tadi telah memerangkap haba gelombang pendek dan menghalang haba keluar dari udara bumi. Inilah punca sebenar pemanasan global.

Maaf jika penulisan aku terlalu berat dan membosankan. Tapi itulah penerangan kepada taufan yang melanda Amerika, Republik Czech, Poland dan menyebabkan 6 terkorban. German, UK, Belgium, Austria, Utara Peranchis dan Belanda semuanya dilanggar ribut yang semakin mengganas. Keringnya kebanyakkan sungai di Afrika dan Negara Timur Tengah, penurunan suhu yang melampau secara tiba-tiba di Mekah dan Madinah semasa musim Haji yang lepas juga menandakan kecelaruan sistem kitaran dunia.
Apa yang menyedihkan, industri terus juga pesat di bangunkan, pelbagai macam jenama kereta terus juga dihasilkan tanpa sekatan dan pertimbangan. Aspek penampan terhadap pemanasan global seperti pokok-pokok hutan terus saja ditebang dan di musnahkan. Lewat tahun lepas saja, kontrak pembalakkan di salah sebuah negeri di utara tanah air diluluskan kerajaan bernilai lebih RM500j untuk menampung perbelanjaan negeri. Bayangkanlah berapa banyak penghasil oksigen yang akan hilang dari dunia ini..

Ini bukan penulisan politikal tetapi rasional. Sebelum kita semua mati diterbangkan ribut atau dihanyutkan banjir, sekurang-kurangnya kita tahu sesuatu dan tidak terus menyalahkan takdir. Dunia semakin nazak namun manusia terus buta kepada profit, industri dan transportasi. Apa yang aku lihat sekarang, kita beramai-ramai sedang menggali sebuah lubang kubur yang besar dan menanti waktu untuk terjun bersama-sama ke dalamnya. Bumi ini kita pinjam dari generasi masa hadapan; anak cucu kita yang berhak untuk hidup berginjak dalam kondisi nyaman, Sehijau dan selestari yang dahulu..

Sekian dulu..

4 comments:

  1. yehaaaa....
    :)

    power tuh...

    aku nak pesan nasik kat hg la weh..

    ReplyDelete
  2. manusia rakus itu aku kau n dia..kita semua penyumbang kebinasaan bumi...

    ReplyDelete
  3. Pencemaran lahir seawal manusia pertama menemui api. Mustahil untuk menghentikannya secara total. Tidak boleh tidak, minimakan lah

    ReplyDelete
  4. saban hari bumi menangisi dek kerana
    kehancuhan yang kian mendalam
    tapi suatu hari nanti
    pasti dia menamatkan
    hayatnya....

    ReplyDelete