Menulis lagi aku diruangan blog pena jahat. Maaf la nama untuk blog yang aku tempelkan di muka laman jaringan ini tiada langsung nilai moral mahupun kontemporari. Tindakan semborono tangkap muat yang aku ambil untuk menamakan blog ini tiada langsung aku kesalkan. Tiada maksud atau makna tersendiri disebalik nama itu, pena lebih melambangkan bahawa blog ini sarat dengan penulisan penulisan yang terhasil dari otak aku yang saban hari meronta pada ketidak selesaan aku pada banyak perkara yang aku nampak dan lalui. Yang jahat itu pula tidak lah aku ketahui kenapa aku memilih kata itu untuk blog ini.
Mungkin lewat zaman ini aku sediri sedar ketika aku sering menggoogle dunia maya internet, kebanyakkan manusia sekarang lebih mencenderungkan minat mereka untuk memuat turun muka laman yang berorantasikan nilai jahat, negative, hitam, degil, nakal, hina, jahil, dan anti moral. Manusia sekarang semakin hilang minat kepada nilai ilmu dan intelektual. Bagi nama blog ini sengaja aku pilih bukanlah untuk menarik dan menipu pembaca semua untuk melayari muka blog ini.
Seperti yang kita semua sedia sedar, semakin zaman ini bergerak dengan kemodenan dan percambahan pelbagai kecelaruan; perkataan jahat dan baik itu sendiri pun seringkali mudah diputar belitkan. Sesuatu yang mempunyai ekspresi dan imej baik sekarang tidak semestinya baik seluruhnya, begitu juga sebaliknya..Arakian begitulah tersurahnya yang empunya cherita…..
Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). Al-Mu'minuun: [114].
Saturday, February 14, 2009
Kejatuhan Chelsea, Kebangkitan Hamas
Minggu ini merupakan minggu yang hangat. Industri sukan terbesar dan terkemuka dunia pada hari ini menjadi gempar secara tiba-tiba. Bagi mereka-mereka yang menggilai sukan bola sepak pastinya tidak mengalihkan perhatian mereka daripada perlagaan pasukan-pasukan di liga tersohor; English Primer League [EPL]. Untuk penyokong kental pasukan Biru Chelsea; pada minggu ini, mata mereka tiba-tiba menjadi bulat, cuping telinga mereka tiba-tiba menjadi keras, merah panas dan berasap-asap. Pada isnin, 8 febuari lalu jurulatih pasukan itu yang sebelum ini sibuk di sanjung dan diusung dari Portugal; Luiz Felipe Scolari, serta-merta telah dipecat oleh pemilik kelab itu; Roman Abramovic, kerana penurunan drastik prestasi pasukannya di penghujung saingan liga. Kesabaran pemilik kelab itu yang sememangnya seorang yang ego dan angkuh telah sampai ketahap tidak tertahan lagi; mungkin sampai diserang sembelit menahan sabar apabila Chelsea hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pasukan “ayam”; Hull City. Jujukan dari pada derita menahan sabar dan sembelit, maka keputusan pemecatan jurulatihnya telah disahkan kepada media oleh pemilik kelab itu.
Sehari selepas pemecatan itu, keberangan dan kebengangan para penyokong pasukan “Biru” itu sedikit terubat apabila kekosongan tugas jurulatih pasukan tersebut telah setuju diganti galas oleh jurulatih terkemuka; Guus Hiddink.
Adalah merupakan satu penghormatan dan kegembiraan kerana individu itu mempunyai latarbelakang kejurulatihan yang begitu membanggakan. Hiddink adalah individu yang bertanggungjawab membimbing pasukan Korea menerima kejayaan dalam saingan Piala Dunia Korea-Japan lalu. Juga berjaya membawa Australia ke peringkat kalah mati dalam Piala dunia dan yang terbaru, Hiddink membantu pasukan Russia layak ke Piala Dunia 2010. Namun perasaan gembira penyokong Chelsea ini tidaklah segembira perasaan mereka yang menonton filem animasi Upin dan Ipin, Geng yang menelan modal RM4j untuk pembikinan. Hal ini disebabkan perlantikan Hiddink bukanlah perlantikan kekal dan hanya akan menggalas tugas itu sehingga tamat musim ini sahaja. Apa yang kedengaran adalah khabar angin yang mengatakan bahawa jawatan kekal sebagai jurulatih Chelsea akan diberikan kepada pengurus kelab gergasi AC Milan; Carlo Ancelotti.Begitulah sedikit rencah drama yang berlaku disekitar platform bola sepak internasional. Dalam masa keriuhan berita-berita ini, apa yang aku perasan kesan berterusan impaksi dari serangan Israel keatas Bandar Gaza semakin hilang dari dada-dada akhbar. Terbaru aku menonton ulang tayangan rancangan Melodi TV3; alkisah artis Malaysia yang melakukan lelongan barangan peribadi mereka kepada peminat untuk mengumpul dana bantuan mangsa Gaza. Kesan sebenar kemusnahan kota Gaza pula ada di tayangkan melalui slot Majalah 3. Dari apa yang aku amati dari penyiaran berita lokal dan pembacaan dari media luar melalui internet; personal aku merumuskan bahawa serangan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv telah gagal dari segi motif dan objektif mereka.
Serangan yang direncana untuk motif penghapusan anggota Hamas adalah sama sekali menemui jalan buntut@buntu. Sehingga sekarang pihak rejim masih lagi belum mendedahkan butir-butir kejayaan yang dicapai hasil serangan yang dilancarkan. Jumlah statistik anggota Hamas yang gugur dan peratusan kelumpuhan saraf organisasi Hamas masih lagi menjadi tanda tanya atau ????????!.
Dapat kita sama-sama lihat yang mana Hamas menjadi sebuah badan organisasi militari dan politik yang begitu mengancam kedudukan Zionis. Siapakah sebenarnya Hamas ini? Pada aku badan itu merupakan pengimbang kepada penindasan dan diskriminasi yang dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin. Hamas merupakan badan pembela dan suatu bentuk kuasa lawan yang mewakili rakyat Palestin. Yang aku sebut tadi hanyalah pandangan dan pendapat personal aku. Namun Hamas sebenarnya adalah sesuatu yang lebih dari itu. Terbina dari hasil pelbagai situasi dan konflik politik tempatan dan isu-isu ketegangan Israel-Palestin.
Latarbelakangnya, Hamas adalah merupakan sebuah gerakkan politikal pro-Palestin yang memusatkan kekuasaannya di kota Gaza yang mana merupakan badan yang bertanggungjawab memperkenalkan kempen ketenteraan menentang Israel yang bermula pada tahun 2000, semasa Intifada fasa dua selepas tenggelamnya Fattah. Organisasi Hamas ini ditubuhkan secara sah pada pertengahan tahun 1987 yang mana pada ketika itu, badan ini lebih merupakan salah satu cabang kepada Gerakan Saudara Arab Muslim. Gerakkan ini telah mendapat perhatian hangat daripada penduduk Palestin sebagai pelindung mereka dari keganasan rejim.Kemuncak kejayaan Hamas adalah pada Januari 2006, apabila badan ini telah berjaya memenagi majoriti undi pada pilihanraya parlimen di Palestin. Keputusan pilihanraya ini adalah sebuah tamparan hebat kepada muka plastik Zionis yang mempunyai hati batu kapur. Hamas banyak terlibat dalam aktiviti pembangunan yang mana banyak sekolah, hospital dan rumah ibadat telah didirikan.
Halangan mula timbul dalam pemerintahan Hamas apabila terlibat dalam krisis persaingan Fattah dan serangan dari Zionis serta sekatan perdagangan antarabangsa yang dialami Palestin. Dengan beberapa siri serangan berdarah yang dilancarkan oleh rejim cukup untuk membuktikan bahawa keberadaan Hamas sehingga kini adalah rentetan kisah perngorbanan ribuan pejuang Islam Palestin.
Serangbalas kebangkitan Intifada yang terawal oleh Hamas adalah ketika di bawah pemerintahan Sheikh Ahmed Yassin pada 2004 bersama Abdul Aziz al-Rantissi yang pada ketika itu merupakan individu yang berpengaruh di Gaza. Badan ini yang dikenali sebagai gerakkan pelindungan Islam mempunyai matlamat untuk membentuk semula Negara merdeka Palestin yang sama seperti sebelum pembentukan Israel pada 1948. Hamas adalah satu-satunya organisasi yang menerima anggota yang dibuang dari Organisasi Liberalis Palestin dan berorentasikan parti politik tetapi dalam masa yang sama bergerak sebagai gerila tentera yang berani mengangkat senjata.
Penceritaan mengenai Hamas ini pada aku adalah lebih kepada penaakulan kita terhadap pejuang-pejuang patriotikal yang mempumyai semangat nasionalisme yang kental. Mereka adalah gugusan dan kelompok yang berani memikul tanggungjawab mereka atas nama Negara tanah air dan agama. Apa yang mereka mahu adalah hak-hak mereka yang telah lama dipijak di bawah telapak kaki busuk Zionis yang semakin lama semakin berbau dan membuatkan hati-hati mereka tidak senang. Perjanjian gencatan senjata yang termeterai hanya menampakan tindakan Zionis untuk terus memperbodohkan bangsa arab. Terbaru, ketika proses gencatan senjata Israel-Palestin yang dipersetui untuk 18 bulan berikutnya, pihak rejim denagn sambil lewa menghantar 2 pesawat membedil sempadan Tebing Barat. Alasan untuk memusnahkan kilang memproses senjata Hamas, tetapi apa yang musnah adalah sebuah kem pelarian Palestin.
Kebodohan rejim yang baghal ini terserlah dengan kegagalan matlamat mereka melumpuhkan Hamas dan pembunuhan orang awam; tindakan tidak berhati perut.Pembodohan ini juga samalah dengan bodohnya pasukan yang dimiliki yahudi yang bernama Abramovic apabila gagal menyumbat gol di gawang Hull City. Apa-apa pun, aku adalah peminat John Terry. Sekian dulu....
Subscribe to:
Posts (Atom)