Wednesday, January 21, 2009

LAMBAKKAN KORBAN

Salam..ketika aku menulis ini, kurang seminggu dari hari keraian anjakan tahun untuk kalender luna; perayaan menyambut kedatangan tahun baharu masyarakat Thiong Hua. Di sekitar Negara kini kelihatan begitu meriah dengan persiapan tidak kira untuk golongan individu, famili, organisasi, agensi dan institusi bagi menyambut hari kebesaran ini. Lebih sudu dari kuah, kesibukkan mereka-mereka yang keluar membeli belah di plaza/mall multinasionalis seolah tidak terbatas pada bangsa, fizikal, kepercayaan mahupun agama. Bukan sahabat kita yang bermata sepet saja yang beli perabot baru. Bukan rakan kita yang berkulit kuning cerah saja yang sibuk mengenakan pakaian baru pada ketika ini. Semua suku sakat kaum, puak, bangsa, jurai keturunan, dan etnik pun sibuk-sibuk juga bersesak-sesak di gedung pasar; tempat yang dipunyai oleh hero-hero kapitalis, untuk merencana kemeriahan cuti perayaan kali ini.

Dalam kesesakan nafas menahan bau ketiak mereka-mereka yang berpeluh mengangkat barangan beli belah di mall/plaza di sekeliling kita, pada ketika ini anggaran jumlah mangsa korban saudara kita di Gaza sudah pun melepasi anggka 1000 orang. Apa yang menyedihkan, kurang lebih 70% daripada angka korban itu adalah golongan wanita dan kanak-kanak; seperti yang dilapor al jazeera. Golongan yang ditegah dalam hadis untuk diancam ketika perang; menurut adab-adab perang dalam Islam. Golongan yang kebanyakanya belum mengerti mengapa, kenapa, bagaimana perlunya perang.

Serangan yang datang dari pihak zionis ini ternyata terlalu kejam dan jauh terpesong dari etika ketamadunan manusiawi. Serangan misil roket yang berbaur dendam terhadap hamas kebanyakkanya di lepaskan di kawasan awam penduduk gaza; perumahan, pasar dan rumah ibadat. Berikut adalah kenyataan dari Major-General Gadi Eisenkot; wakil jurucakap operasi ketenteraan Israel ketika temu bualnya bersama akbar harian tempatan Yedioth Ahronot oktober lalu:

"We will wield disproportionate power against every village from which shots are fired on Israel, and cause immense damage and destruction. From our perspective these [the villages] are military bases," he said."This isn't a suggestion. This is a plan that has already been authorised."

Pembodohan jenis apakah ini? Seolah-olah individu yang mengepalai aktiviti ketenteraan Israel ini mempunyai otak yang lebih kecil dari matanya, sebesar biji saga mungkin. Tempurung kepala yang kosong di antara dua telinga. Dengan mudah menyatakan bahawa serangan-serangan mereka yang dilepaskan ditempat awam itu adalah strategi terbaru dan terprofesional dari mereka. Mengaktifkan serangan roket dengan hanya menekan butang “fire” dari seberang Negara ke arah perkampungan gaza, membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dan memusnahkan harta benda adalah strategi ulung pihak tentera Zionis yang mana merupakan antara tentera elit terbaik di dunia sekarang. Bodoh-bodoh sang kaldai, bodoh lagi tentera Zionis.

Serangan yang dilancarkan oleh Zionis ini telah diberitahu media atas sebab dan angkara Hamas yang mencabuli perjanjian gencatan sejata yang dipersetujui 6 bulan yang lalu. Diingat kan di sini, penyebaran berita perihal perang di Timur Tengah ini kebanyakkanya dilakukan oleh media kolar putih barat yang mana mereka selesa di dalam poket Amerika dan Israel sendiri.

Memburukkan lagi imej Zionis tercela ini, ketika majlis Conference yang melibatkan setengah dozen professor-professor cerdik pandai pro-Israel pada awal tahun ini, Asaf Shariv; Jeneral Konsul Israel di New York memberitahu bahawa serangan mereka lebih fokus kepada kepentingan untuk memusnahkan terowong bawah tanah yang menghubungkan Gaza dengan Sinai. Lihat saja hasil daripada serangan yang telah dilepaskan sekarang. Apa yang musnah adalah struktur yang terdiri di atas muka tanah dan isinya yang tidak bersalah. Kalau pun memang terdapat terowong di bawah pertempatan Gaza itu, mungkin habuk debu dari bumbung terowong saja yang gugur keatas kepala anggota hamas.

Serangan ini mungkin tidak akan berhenti pada masa yang terdekat. Sekarang saja, pihak Zionis telah memanggil dan merekrut lebih 10,000 pemuda Israel untuk dijadikan askar tambahan membantu menjatuhkan Gaza bagi merealisasi kan agenda mereka; melebarkan wilayah penguasaan Zionis. Selain dari yang dinyatakan diatas, akan banyak lagi kenyataan dari Israel yang akan dibuat sebagai alasan bagi mereka magembiri Hamas dan rakyat Gaza. Apa yang berlaku sekarang adalah rancangan yang telah pun lama diatur, Cuma sekarang adalah masa yang sesuai dilaksanakan oleh mereka; setelah kejatuhan Iraq, Beirut dan Lebanon. Sedang rancangan menjahanamkan hubungan Palestin- Lebanon telah direncana sejak tahun 1982 dimana kumpulan gerila Palestin telah disingkirkan dari bumi Lebanon.



Secara personal, aku merasakan tindakkan Zionis ini lebih kepada misi penghapusan etnik seperti yang dilakukkan oleh puak Serb kepada rakyat Bosnia Hezegorvina beberapa dekad yang lalu. Tindakkan mahazalim ini telah membezakan kita sebagai manusia biasa dengan puak Zionis ini. Marx, Lenin dan Mao telah menunjukkan dengan tepat - selagi kaum Zionis dan kaum pemodal antarabangsa wujud manusia dalam dunia ini akan diancam dengan perang. Perang bererti keuntungan untuk kaum kapitalis dan kaum pemodal.

Tidak kira berapa tan misil yang jatuh di bumi Palestin oleh pihak Zionis, pasti akan ditentang Hamas. Dimana ada diskriminasi, akan ujud lah daya lawan – ini telah dibuktikan oleh sejarah dimana tidak akan ada mana-mana kuasa imperialis yang akan menang. Apa yang terjadi selepas ini , Israel cuma akan mengira jumlah pelaburan perang mereka dan akan mengeluarkan dana pelaburan ekonomi mereka ke pasaran antarabangsa untuk projek dan kontrak pembangunan semula kota Gaza. Besoraklah untuk system globalisasi dan kapitalis.

Sekian dulu.

No comments:

Post a Comment