Rokok yang terselit di antara jari aku masih lagi berbara. Berjenama multinasional, diimport dan bercukai, panas apabila nyalaanya terlalu hampir dengan kulit.
Aku tidak sedar sudah berapa lama aku berdiri di situ; termenung. Kebisingan bunyi hon dan deruman enjin kenderaan yang melalui jambatan itu, seolah olah terpadam apabila pikiran aku melayang terkenagkan situasi kehidupan aku yang kian terhimpit.
“Lu ni ni bodoh sangat la bro! Kenapa tolak barang tu kat budak2 kolej? Gua dengar Black dengan budak dia dah kantoi, dah ada kat dalam sekarang.Kantoi urin la beb. Bila2 je diaorang boleh petik nama lu…#%&%#*!!!!”
John benar2 berang dengan aku yang terlalu pentingkan uang dan nak ikut jalan yang senang; budak kolej terdesak,banyak uang dan sanggup bayar lebih, jualan mudah. Menguntungkan. Uang yang berkepuk dalam wallet di poket belakang, tidak sempat pun aku kira; balak bencana sudah pun datang.
Aku benci perasaan yang semacam ini. Jantung berdegup di dalam rangka dada aku ini bagai nak meletup. Nasib diri aku untuk masa terdekat ini, tiada siapa yang tahu. Rancangan untuk menghadiri reunion bersama semua bekas rakan sekolah aku di Cherating tidak lagi berlegar di dalam kotak kepala aku seperti sebelumnya; sebelum aku dengar berita tadi dari John. Keinginan aku terhadap apa2 pun terus mati sama sekali.
Kekalutan John; teman sebulu aku dalam kegiatan ini, yang seperti begitu mengambil berat tentang situasi aku telah pun aku agak sebab musababnya. Kuatir dia akan terlibat sama; jika bila aku ditahan pihak berkuasa nanti. Tapi aku bukan jenis orang2 yang begitu, aku rela menaggung apa jua permasalahan yang aku sendiri lakukan. Ini pilihan aku dan aku mesti hadapinya sendiri. Ikut rasa binasa, ikut hati mati; aku sekarang sememangnya rasa semacam hendak mati.
Tidak tahu mana yang salah dan betul dalam hidup aku selama ini; aku sendiri tidak tahu, masakan pula orang lain. Aku sedar yang selama ini pertimbangan pada setiap tindakan aku tidak ada sama sekali. Segalanya aku lakukan menurut kehendak hati dan situasi. Apa yang hati aku mahu, itu yang aku akan lakukan. Akal aku pendek, minda aku cetek dan iman aku senipis kulit bawang. Kesimpulan dangkal selalu saja aku buat untuk menentukan hala tuju hidup ku, buang masa pikirkan suatu hal dari setiap sudut; malas,itu pada aku.
Penyesalan mula terasa, muncul disebalek hati aku yang keras, yang tak pernah menangis, hati lelaki “sejati” yang penuh dengan keberanian dan amarah; seringkali aku melenting pada orang sekelilingku, mempamerkan baran yang membuak dalam diri aku. Terasa diri ini tolol dan bebal kerana terlalu buta dan mahsyuk pada nikmat ber uang. Terasa begitu menyesal sekali. Tapi aku tahu, penyesalan ini tidak sampai ke mana. Bukan sekali ini saja aku pernah menyesal; aku pernah menyesal dalam banyak perkara. Masa akan memadamkan rasa itu dan aku tetap akan berkelakuan hal2 yang sama semula. Taubat aku, taubat sambal belacan; menyesal hanya di waktu kepedasan.
Monolog khayalan aku disentak dengan bunyi siren sebuah radio car yang segera berhenti dibelakang ku. Jantungku bagai berhenti mengepam darah, aku tergamam dan putaran otak aku terhenti. Melarikan diri atau berserah kepada nasib yang jelas2 tidak menyebelahi aku; mana satu pilihan yang patutan pada masa segenting ini.
“Minta kad pengenalan kamu..”
Dua pegawai berkuasa telah pun terpacul di hadapan ku. Bila masa mereka keluar dari radio car itu pun aku tidak sedar; aku megelamun dalam duniaku tadi. Yang seorang dari mereka tergantung selaras machine gun dibahunya. Pilihan aku untuk berserah adalah tepat.
“Yang ditepi jalan ini kereta kamu? Kamu berhenti dan meletakkan kenderaan di kawasan jambatan, garisan berkembar. Itu salah! Keluarkan sekali lesen memandu kamu, aku nak saman!”
Helaian kertas merah dalam genggaman aku, tanda aku disaman atas kesalahan trafik. Dengan surat saman yang masih digenggam, aku kembali ke dalam kereta dan terus memandu pergi. Hati ku berbunga. Penyesalan tadi, aku biar dan tinggalkan saja di atas jambatan itu….
No comments:
Post a Comment