Tuesday, June 5, 2012

Rasulullah Insan Zuhud

Permulaanmu yang begitu kerdil ya Rasulullah; lahir sebagai anak kecil yang kematian bapa, kehilangan belaian manja ibumu seawal umur delapan tahun. Kecilmu tiada sempat bermewah mewah, zaman anak anak mu tiada sempat ber main main. Suka suka dan riangan tawa tidak sempat mewarnai dunia masa kecilmu dek kerna hilangnya tempat nasib badan bergantung harap.



Kandangan kambing engkau jaga hari-hari jadi balas jasa bumbung bagi dirimu menumpang ihsan Abdul Muthalib.. Tidak sempat besar benar umurmu, telah pergi terlebih dahulu datuk yang mulia meninggalkanmu, maka terpikul kasih sayang terhadapmu oleh saudara bapamu, Abu Thalib.


Sesungguhnya, dalam kesukaran hidup awalmu yang dipukul badai nasib, Allah tidak sesekali meninggalkan kekasihNya dan membiarkanmu jatuh menjadi hina. Malah engkau kekal didalam peliharaan Nya bersemarak dengan kemuliaan, dan kecerdasan akal yang takjub. Halnya kerna itulah bumi paran, Makkah Al Muqaramah menjadi saksi sebut sebutan nama Al Amin meniti dibibir-bibir, baik2 laki2, perempuan, penjual2 di pasar, ahli syair, malah penguasa suku khabilah, penduduk isi bandar itu.

Sifat2 mulia yang mengalir sebati dalam dirimu menyebabkan lekas benar diri mu dikenal bah kan bijak menguraikan buku perselisihan dalam khabilah suku hingga kaum.

Hanyasanya kesenangan dan kebendaan dunia tidak pernah mengubah sifat bersih suci mu setelah berjaya menegakkan syi'ar Islam dibumi paran.

Betapa sederhananya hidupmu Ya Rasulullah SAW, walau pun setelah engkau bergelar Khalifah, Walaupun Engkau Kekasih Allah SWT, walau Engkau Penghulu para Rasul..


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya,



أَبِي سَعِيدٍ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا فَخْرَ وَبِيَدِي لِوَاءُ الْحَمْدِ وَلَا فَخْرَ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلَّا تَحْتَ لِوَائِي وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الْأَرْضُ وَلَا فَخْرَ

قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْحَدِيثِ قِصَّةٌ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ



“ aku adalah tuan kepada anak Adam di hari kiamat dan tiada kebanggaan, dan ditanganku panji kepujian dan tiada kebanggaan, dan tiadalah seorang nabi pada hari itu, Adam atau yang lainnya melainkan mereka berada di bawah panjiku, dan aku adalah yang pertama yang dikeluarkan daripada bumi dan tiada kebanggaan”.

Walau khazanah kekayaan dunia di tanganmu, walau ketika engkau adalah raja pada wilayah yang luas. Pada masa Kaisar Rom dan empayar Kisra Parsi saling bermegah dengan kilauan emas, perak kesenangan pada mata pandangan kebendaan. Engkau ya Rasulullah, tidak pernah mengejar akan perhiasan, tidak pernah menuntut akan singgah sana istana agam yang megah...

Diriwayatkan oleh Saiyidina Umar Ibn Khattab:

Aku segera masuk menemui Rasulullah s.a.w aku melihat baginda sedang berbaring di atas sebidang tikar. Lalu aku duduk berhampiran dengan baginda. Aku lihat baginda menurunkan kain yang satu-satunya digunanya oleh baginda. Ketika itu aku melihat kesan tikar pada pinggang baginda. Kemudian aku layangkan pandanganku ke sekitar kamar. Tidak banyak barang yang ada di situ kecuali hanya segantang biji gandum terletak di sudut kamar, sebidang kulit iaitu belulang binatang yang belum sempurna disamak dan beberapa barang lain yang tidak berharga sehinggalah aku menitiskan air mata. Melihat keadaan itu Rasulullah bertanya:

"Kenapa kamu menangis, wahai putera Al-Khattab?" Dengan suara tersedu-sedu aku menjawab:

"Wahai Nabi Allah! Bagaimana aku tidak menangis melihat keadaan kamu yang sangat menyedihkan ini dan tikar yang memberi kesan padamu? Jauh sekali dengan apa yang dinikmati oleh Kaisar dan Raja-raja di sana, sedangkan kamu wahai Rasulullah s.a.w hanya memiliki ini."

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wahai putera Al-Khattab! Mahukah kamu sekiranya akhirat menjadi bahagian kita dan dunia menjadi bahagian mereka?"

Aku menjawab:

"Sudah tentu aku mahu."

(H.R Muslim)


Bangkitnya baginda menegakkan jalan Allah, bukan kerna kebendaan dunia. Bukan kerna kepentingan kedudukan. Bukan kerna keinginan nafsu. Baginda adalah raja yang tidak mengharapkan pengawal,tidak berkeinginan akan singgahsana dan tahta.

sabda baginda:

"Demi nyawaku didalam genggaman Allah SWT! Tidaklah aku tinggal di dunia melainkan seperti musafir yang berteduh dari kepanasan matahari di bawah pohon dan beristirahat, lalu musafir tersebut pergi meninggalkannya.”

(HR. Tirmidzi no. 2551. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan At Tirmidzi)

Allahumma shalli 'alla Muhammad, Wa'ala shallihi Muhammad...



.

No comments:

Post a Comment