Saturday, February 14, 2009

Harga Minyak dan Boxer Berjenama

Menulis lagi aku diruangan blog pena jahat. Maaf la nama untuk blog yang aku tempelkan di muka laman jaringan ini tiada langsung nilai moral mahupun kontemporari. Tindakan semborono tangkap muat yang aku ambil untuk menamakan blog ini tiada langsung aku kesalkan. Tiada maksud atau makna tersendiri disebalik nama itu, pena lebih melambangkan bahawa blog ini sarat dengan penulisan penulisan yang terhasil dari otak aku yang saban hari meronta pada ketidak selesaan aku pada banyak perkara yang aku nampak dan lalui. Yang jahat itu pula tidak lah aku ketahui kenapa aku memilih kata itu untuk blog ini.

Mungkin lewat zaman ini aku sediri sedar ketika aku sering menggoogle dunia maya internet, kebanyakkan manusia sekarang lebih mencenderungkan minat mereka untuk memuat turun muka laman yang berorantasikan nilai jahat, negative, hitam, degil, nakal, hina, jahil, dan anti moral. Manusia sekarang semakin hilang minat kepada nilai ilmu dan intelektual. Bagi nama blog ini sengaja aku pilih bukanlah untuk menarik dan menipu pembaca semua untuk melayari muka blog ini.

Seperti yang kita semua sedia sedar, semakin zaman ini bergerak dengan kemodenan dan percambahan pelbagai kecelaruan; perkataan jahat dan baik itu sendiri pun seringkali mudah diputar belitkan. Sesuatu yang mempunyai ekspresi dan imej baik sekarang tidak semestinya baik seluruhnya, begitu juga sebaliknya..Arakian begitulah tersurahnya yang empunya cherita…..

No comments:

Post a Comment